Thursday, November 24, 2011

.Berkongsi Perasaan & Pengalaman.

Tinggal beberapa hari lagi je, sebelum aku melahirkan si kaki kecil ni. Jadi sebelum aku bye-bye pulang ke kampung halaman, aku nak cerita serba-sedikit pengalaman aku sewaktu mengandung. Walaupun pengalaman aku tidaklah seberapa, al-maklumlah pengalaman pertama kan, tapi apa salahnya, sharing is caring kot ;)

Macamana aku tahu aku pregnant, aku dah cerita dulu kan. Masa tu Tuhan je yang tahu betapa gembiranya aku, syukur tak terhingga. Yelah, takut jugak kalau aku tak mampu nak bagi zuriat pada Irwan. Aku mengaku, lima bulan 'kosong' memang buat aku rasa sedikit tertekan dan bimbang. Memanglah mulut cakap buat-buat cool, tapi dalam hati kegusaran melanda. Macamana kalau aku memang bermasalah untuk bagi zuriat? Memang masa sebelum kahwin kitaorang ada berbincang, Irwan cakap boleh ambil anak angkat, tapi anak angkat mana nak sama dengan anak daripada benih sendiri, daripada darah daging kita sendiri kan.

Nanti di penghujungnya, mesti suami akan rasa nak ada anak sendiri, ye tak. Lepas tu nanti akan timbullah isu-isu sensitif yang sememangnya akan membuat kaum wanita menjadi down gila lah. Dan aku semestinya tak mahu semua itu berlaku. Takut -_-

Setelah penat membeli tester yang mahal, akhirnya aku beli yang cap Watson je. Murah sikit T_T Bukan apa, tak mahu membazir kalau 'tak menjadi' lagi.

Positif! Alhamdulillah, rezeki Allah bagi. Tapi masih kurang yakin, sebab satu garisan tu samar-samar.

Menggunakan penguji di klinik, garisan pun jelas, memang sah benih menjadi! Syukur.

Masa mula-mula tu, macam rasa lambat bila nak tunggu perut ni membesar, tapi bila banyak benda yang berlaku dari hari ke hari, tau-tau je perut aku dah membulat. Tau-tau je aku dah kena pakai baju saiz L ke XL -_-'

Irwan pulak, sama macam suami-suami lain yang gembira dan tak percaya isteri dia dah pregnant. Tapi reaksi dia takdelah macam dalam drama Melayu tipikal yang asyik-asyik nak peluk isteri dan letak telinga kat perut isteri nak dengar apa yang baby kat dalam perut ni buat. Setakat hadiahkan ciuman ajelah :) Kot iye pun gembira, takkan sampai nak lambung isteri pulakkan :p

Walaupun Irwan tak menunjukkan sangat keterujaan dia, tapi aku tahu dia ambil berat. Dia berusaha untuk cuba berikan yang terbaik untuk aku. Untuk minum susu ibu mengandung tu pun, dia yang suruh. Dia cakap minum susu mahal takpe, janji baby kat dalam sihat dan dapat khasiat. Dia jugaklah yang bangun tengah malam bila aku kejut waktu aku sakit perut ke, kaki terkena simpul biawak ke, dia jugaklah yang sapukan minyak angin semua. Kalau aku sorang-sorang, mesti aku menangis jelah kejenya.

Sepanjang tempoh aku mengandung ni, aku memang berdikari jugaklah, sama macam sebelum aku mengandung. Irwan pun takdelah bagi special treatment macam jalan pimpin tangan, pegang pinggang semua tu. sebab dia tahu isteri dia ni orangnya berdikari, boleh buat semuanya sendiri. Cuma dia selalu pesan, supaya aku berhati-hati, lebih-lebih lagi semasa memandu, sebab aku ni kalau bawak kereta mana reti perlahan, lepas tu kalau jumpa orang-orang sengal yang tengah driving, mesti mulut nak maki dan menyumpah-seranah, which is memang tak baguslah kan untuk orang mengandung untuk mengeluarkan kata-kata yang tak elok. Bukan apa, takut dicontohi anak dalam perut tu nanti. Mintak simpang.

Memang masa mengandung ni, banyak cabarannya. Tapi aku rasa bagus jugak bila aku pregnant, jadikan aku orang yang lebih sabar. Aku ni walaupun cool orangnya, tapi ada jugak sifat hitamnya. Aku orangnya cepat lose temper, cepat nak mengamuk kalau ada benda yang aku tak suka, aku selfish dengan Irwan dan tak memahami situasi dia. Kadang-kadang aku rasa aku ni macam isteri derhaka je, sebab banyak sangat melawan Irwan, banyak sangat sakitkan hati dia. Betul, tak tipu.

Walaupun layanan Irwan macam kesah tak kesah je sepanjang aku pregnant ni, tapi dia tetap sabar dengan perangai aku. Tension jangan cakaplah. Emosi pulak sentiasa tak menentu, sentiasa terganggu. Benda-benda sekecil zarah pun boleh dibuat gaduh. Kadang-kadang benda yang digaduhkan tu benda yang tak masuk akal. Tapi perangnya, macam benda dah tak dapat diselamatkan.

Yelah, aku yang tengah mengandung ni memanglah emosi gila kan, dan Irwan pulak mungkin belum dapat memahami sepenuhnya perangai orang mengandung ni. Nak pujuk memanglah dia fail -_-' Jadi sudahnya bila berlakunya perbalahan, endingnya mesti meleleh air mata aku. Pujuklah diri sendiri T_T Start dari situlah aku mula cakap-cakap dengan si kaki kecil ni. Bila macam tu, baru rasa timbul semangat untuk tak mahu terlalu beremosi. Kesian kat si kaki kecil ni, sebab mummy dia asyik sedih dan menangis. Harap-harap bila dia keluar nanti, takdelah dia ikut perangai aku yang gembeng ni.

Mujur jugaklah aku ni tak banyak karenah nak itu ini masa mengandung, kalau tak aku rasa lagi haru biru dibuatnya. Irwan cakap senang nak jaga aku masa mengandung. Mabuk pun sikit je, takdelah lama sangat, lepas tu semuanya ok. Cuma ada satu benda yang aku kecik hati dengan Irwan (dia tak tahu sampai sekarang ni), aku nak sangat makan Cendol Kader kat TTDI (sebelum ni dah pernah makan dah, tapi nak lagi), aku dah bagitau dia banyak kali, dia cakap nak bawak, tapi sampai sekarang tak bawak T_T

Yang aku rasa paling mencabar masa mengandung ni adalah aku masih maintain buat kerja-kerja rumahtangga sampai sekarang- memasak, mengemas, membasuh, mengemop dan sebagainya lah. Cuma diakhir-akhir ni je aku dah tak masak, sebab aku dah tak larat nak berdiri lama-lama. Irwan ada jugaklah tolong sikit-sikit buat kerja, itupun bila time aku betul-betul letih dan tak larat lah. Kalau tak, aku buat semua macam biasa. sebab dia tau isteri dia ni kan Superwoman, waktu mengandung tak manja macam wanita lain, kononnya lah -_-

Tapi memang tak pun. Ada sesetengah perempuan, start je mengandung, maknanya dia dapatlah lesen nak perintah suami buat itu ini. kerja dia cuma menjaga kandungannya sahaja. Suami pulak memang of course lah sayangkan isteri tu, dengan rela hati membantu isteri, siap suruh duduk je, jangan buat kerja berat-berat semua. Syurga kan?

Aku pulak, kerja apa yang aku tak buat. Semua aku buat, sampaikan masa rumah aku takde air, aku masih lagi angkut air dengan kedua-dua tangan memegang botol 5 liter. Bayangkan. Sampai ada satu masa tu kan, akibat aku terlalu lasak membuat kerja, ada lah sikit bleeding berlaku. Masa tu di awal kandungan. Takut jugak lah kalau jadi apa-apa. Alhamdulillah, Allah selamatkan semuanya. Lepas tu, aku selamba je sambung buat kerja-kerja macam asal.

Itu belum kira alahan-alahan yang dihadapi masa mengandung. Lagi lah menambahkan paras tekanan dalam diri. Aku bersyukur sebab aku takdelah menagalami alahan-alahan teruk yang boleh menjejaskan sistem badan aku. Cuma sepanjang mengandung ni, kulit aku jadi rosak, sensitif dan jerawat tumbuh melata T_T Kalau tengok semula gambar-gambar perkahwinan aku, rasa macam down pulak -_- Kira aku ni, bukan kategori perempuan yang cantik bila mengandung. Tapi aku cuba optimis, muka boleh dicantikkan semula ye tak. Biar muka aku tak comel dah, tapi baby aku nanti comel :) InsyaAllah!

Lepas tu, aku kena penyakit keputihan yang aku kira agak teruk jugaklah. Kalau yang perempuan masih tak tahu apa itu keputihan, pi Google sendiri eh. Memang tak selesa bila dapat penyakit ni. Sedangkan sebelum mengandung aku takde pun mengalami keputihan ni. Lepas tu, di akhir-akhir pregnancy, masuk bulan ke 8 sampailah sekarang ni, badan aku kena gatal-gatal. Gatal-gatal ni jenis yang merenyam punya, yang kalau kau garu tu macam tak puas dan asyik nak menggaru je sampailah luka kat tempat yang gatal tu. Hasilnya, habislah badan dah ditumbuhi parut-parut segar T_T

Menurut doktor, itu normal untuk sesetengah wanita mengandung, memang akan mengalami kegatalan kronik bila masuk bulan ke-7,8 dan 9. Tapi jika pada awal trimester kehamilan, korang mengalami gatal-gatal yang kronik ni, itu ada something wrong dengan badan korang, jadi pergilah berjumpa doktor dengan segera ya.

Bila perut makin membesar, badan pun makin rasa panas. Memang tak selesa habis. Nak tidur tu jangan cakaplah macamana tak selesanya. Mujur jelah tak mampu nak pasang aircond, kalau tak dah pasang dah walaupun hakikatnya aku tak suka pakai aircond bila tido. Kalau boleh nak tidur bertelanjang je. Serius panas, aku tak tipu. Sebab badan aku ni selalunya tak tahan sejuk sangat. Kalau balik rumah mak bapak aku pun, aku lagi suka guna kipas daripada aircond (macamana nak duduk oversea ni -_-)

Tapi itulah pahit manisnya bergelar perempuan mengandung ni. Sebenarnya kadang-kadang kita lupa yang kita ni diberi keistimewaan oleh Allah. Yelah, bukan semua wanita dalam dunia ni dapat rasa nikmat mengandung. Ada yang tak bernasib baik tu, mencuba bertahun-tahun masih juga belum dikurniakan rezeki. Aku sendiri pun, bila ada waktunya aku bersendirian, bila aku muhasabah balik diri aku, aku rasa kadang-kadang aku ni tak bersyukur orangnya.

Aku terlupa yang aku dikelilingi oleh mereka-mereka yang sayangkan aku. Dan walaupun perangai Irwan yang kadang-kadang kurang prihatin, tapi aku bersyukur sebab Allah bagi aku suami yang sanggup melayan karenah aku, yang sabar dengan sikap aku yang tak menentu. Sebab Irwan bukan jenis lelaki yang suka tinggi suara tak tentu pasal, yang suka naik tangan dan sebagainya. Aku tak tahulah kalau dapat suami yang panas baran, ada pelempang melekat kat muka kot -_-'

Pesan aku pada kaum bapa, kalau isteri mengandung tu seeloknya jagalah emosi dia, bukan lama pun, 9 bulan je kan. Lagipun, bukannya selalu isteri-isteri anda tu mengandung. Kalau nak harapkan hari-hari lain isteri tu dapat layanan istimewa, memang tak lah kan. Bila isteri mengandung, itulah saat paling istimewa dalam hidup seorang wanita. Bukanlah diminta untuk dilayan macam permaisuri, tapi cuba berikan yang terbaik dan faham emosi mereka. Ok guys? :)

Ohh tak sedar dah panjang pulak aku bercerita. Tak kisahlah korang nak baca ke tak, yang penting aku dapat kongsikan pengalaman aku. Manalah tahu dapat membantu korang-korang yang akan menjalani proses ni akan datang nanti kan :)

Memandangkan esok aku dah nak balik kampung, jadi kalau kat kampung tu biasanya aku ni jadi malas sikit nak update apa-apa. Jadi di kesempatan ni, aku nak minta ampun maaf pada semua pembaca blog aku jikalau ada entri-entri dan bahasa yang aku gunakan menyinggung perasaan korang semua. Kadang-kadang aku ni tulis ikut sedap mulut je.

Yelah, aku pun tak tahu bila masanya aku nak melahirkan kan. Aku harap korang semua maafkan aku, dan dengan rasa rendah dirinya aku minta tolong doakan aku selamat menjalani proses kelahiran nanti.

InsyaAllah, panjang umur aku tulis lagi :)

Kegemukan yang drastik. 85kg++. Terbaikkkk! :D


Tuesday, November 22, 2011

.Hujan.

Aku nak update belog sebenarnya. Nak cerita pengalaman thrill aku during pregnancy. Tapi langit makin gelap, dan payung tertinggal di kereta, bagus betul.

Esok jelah aku update ye ;)

Monday, November 21, 2011

.Perjuangan Yang Belum Selesai.

Kalau tengok countdown ticker tu, lagi 20 hari je si kaki kecil ni nak keluar melihat dunia. Itu pun kalau cukup 40 minggu lah. Tapi kalau dengan izin Allah dia dah tak sabar nak melihat dunia, cepat sikit lah daripada tarikh jangkaan.

Lagi 20 hari tu bermaksud jugak, waktu untuk aku makan apa saja sudah semakin singkat. Yelah, lepas ni kena lah tahan diri, nafsu tu untuk makan makanan yang sembarangan selama sekurang-kurangnya 44 hari. Tapi kalau nak hasil yang lebih memberangsangkan, pantang lama lah sikit kan, paling tidak jangan minum ais selama setahun. Boleh ke? -_-'

Baiklah, tinggalkan sekejap bayangan episod berpantang tu. Yang aku perlu fokuskan kini adalah perjuangan aku yang belum selesai ni. Ayat taknak power kan. Yelah, kawan baik aku dah selesai bertarung dalam bilik bersalin, itu pun cepat dua minggu dari expecting due, jadi aku ini yang kandungannya cuma berselang 2 minggu daripada dia, dah mula fikir macam-macam jangkaan.

Bila kau dengar cerita daripada kakak-kakak senior yang sudah 'lepas' daripada pertarungan tu, agak mengerikan jugaklah. Tapi mana yang nak bagi kita rasa optimis sikit akan cakap yang sakit nak bersalin tu macam lebih kurang senggugut je. Ok, lega sikit hati bila dengar. Tapi sakit senggugut darab 10x!! Hah, kau bayangkan. Aku ni orangnya dulu kalau senggugut memanglah sakit, walaupun masih boleh berjalan takdelah sampai berguling-guling, tapi rasa perut tu bila berkocak, sakit ya amat. Tuhan je yang tau.

Ini kalau digandakan sepuluh? Ya Allah, aku tak mahulah nak bayangkan yang bukan-bukan. Aku cuma nak follow the flow je. Aku cuma mampu doa yang Allah akan kurangkan kesakitan aku dan mudahkan proses aku nak bersalin nanti.

Yang best tu, bila kau mengandung kali pertama ni kan, macam-macam tips yang diaorang kongsi bila nak melahirkan. Selain itu, diaorang bagitau jugak tanda-tanda sebelum proses melahirkan berlaku. Ada yang pesan, jangan angkat punggung masa meneran, nanti koyak jadi besar sampai ke punggung, lepas tu nak buang air besar pun sakit terseksa.

Ada yang cakap masa tu cuma antara hidup dan mati je. Masa tu cuma tinggal kita dengan pencipta sahaja. jadi, beristighfar dan berselawat banyak-banyak. Yang bagus dalam kebanyakan cerita tu, suami-suami diaorang semua ada di sisi teman diaorang dalam labour room, dan bagi kata-kata semangat untuk isteri yang tengah bersabung nyawa tu. Ada seoarang abang kat ofis aku ni, anak dah 4 orang, empat-empat anak tu dia sambut, dia tunggu dekat tempat keluarnya bayi tu, berani sungguh.

Aku dah bagitau Irwan, yang aku nak dia ada sekali dengan aku nanti. Tapi memandangkan aku nak bersalin kat Johor, aku pun tak tahu dia akan ada ke tidak masa tu. Kalau ada syukur alhamdulillah lah. Lagipun dia macam tak yakin je nak masuk sekali, sebab aku tahu dia penakut sikit, lagi-lagi bila kena tengok darah kan -_-. Tapi, aku harap sangat dia ada. Barulah semangat datang kan :)

Ya Allah, aku harap Kau bantulah hambaMu ini mengharungi detik-detik melahirkan itu. Permudahkan lah segalanya, lancarkanlah proses tersebut dan selamatkanlah semuanya. Amin.

Friday, November 11, 2011

.Entah.

Aku rasa, macam nak tutup je semua jaringan rangkaian sosial aku. Termasuk blog ni. Entahlah, bukan apa, cuma rasa semakin hari macam semakin bosan untuk berFB, berbelog, rasa excitement untuk menulis dan berkongsi cerita dah hilang, tak macam dulu dah.

Lagipun aku bukan selebriti atau pembelog tegar yang punya ribu-ribu followers. Yang baca pun seketul dua je. Idea pun kadang-kadang dah tandus, sampai tak tahu nak tulis apa. Bila idea dah takde, entri yang terhasil pun membosankan, ye tak.

Mungkin sampai masa untuk aku 'hilang' sekejap dari dunia tulisan maya ni. Untuk rehatkan minda, dan privasikan hidup mana yang patut.

Hmm.


p/s: Tapi aku masih engaged dengan Twitter :) Sila cari aku @NajihahAbas (n_n)

Thursday, November 10, 2011

.Air Liur Meleleh.


Di akhir-akhir pregnancy week ni, aku teringin betul nak makan benda ni.

Apple Crumble. Dulu aku selalu makan Best Apple Crumble in Town @ Albert's, Plaza Damas. Tapi kedai tu sekarang dah tutup T_T


Dan ni lagi satu.

Strawberry Triffle. Yummmyyyy!


Triffle tu sebab hari tu aku tengok kakak aku post kat FB dia, siapa suruh dia tag aku, kan aku dah teringin :P Aku dah request pada kakak aku, suruh dia buatkan. Sebab sebelum ni dia pernah buat dua-dua recipe, dan not bad jugak rasanya, kira boleh amik tempahan jugaklah! :)

Dia janji nak buatkan sebelum aku bersalin. Macih along! hehe.

Thursday, November 3, 2011

.Ole-Ole Dari Jauh.

Hello! Hello! :)

Seronok sangat sebab Irwan dah balik. Alhamdulillah, hari Selasa hari tu dia selamat mendarat di KLIA. Aku check schedule arrival dia, sepatutnya dia landing jam 07:00. So aku pun pukul 06:30 baru terkedek-kedek keluar dari rumah, lepas tu siap singgah Mc'D dulu untuk beli breakfast, then barulah ke KLIA.

Expecting aku, biasanya flight ni akan lewat setengah jam, tak pun paling awal 15 minit lewat. Sekali tu, dalam aku dok pecut 100kmj, dalam kul 06:58 Irwan call. Hah? Takkan dah sampai kot?

Heyyyy dia betul-betul dah sampai lah! Masa tu aku pulak baru nak masuk simpang KLIA. Apa lagi, terus pecut ke 130kmj gak lah dalam pada mengandung ni. Bahaya kan T_T

Rupanya flight dia dah landing pukul 06:35 lagi. Awal lah pulak kan. Tak kisah lah awal ke tak kan, yang penting bila tengok Irwan dah tunggukat gate 6, dan back in one-piece, dah syukur alhamdulillah :)

Untuk isteri dia yang tercinta ni, ada jugaklah dia beli ole-ole sikit. Mari lihat.hehe.

Apakah yang ada dalam beg ini?


jeng--jeng..jeng..

Ada satu kotak yang siap berbalut lagi. Hehe. Tapi aku dah boleh agak apa benda ni.

Tadaaaaaaaaaaa! Bertambah lagi koleksi perfume aku :) Thank you sayang!! :) First time untuk aku experience dengan brand Burberry, tak sure suit tak dengan aku, but the smell quite sportive dan aku agak boleh pakai unisex kot. Oklah kot kalau untuk outdoor activity :)

Dan ini adalah signature cup bagi Argentina. Irwan cakap ada banyak type. yang dibuat dari kaki kuda pun ada. Tapi yang ni dibuat daripada tempurung kelapa.


Souvenir lain, macam biasalah Fridge Magnet memang wajib aku kirim. Dan adalah barang hiasan lain. Kat sana barang mahal. Tahun depan dia pergi lagi, jadi siapa-siapa nak kirim kena kirim dengan duit lah, tak boleh kirim dengan air liur je. Hehehe.

Tapi serius, jersi bola AFA yang original Made in Argentina tu memang cun. tahun depan aku nak suro dia beli untuk Muhammad N pulak! :)

Monday, October 31, 2011

.Genap Setahun.

29 Oktober 2010, 10:10pm
.
Syukur Alhamdulillah, genap setahun usia alam rumahtangga aku dengan Irwan. Terasa kejap benar setahun berlalu. Rasa macam baru semalam berdebar-debar menanti diijabkabul. Macam baru semalam bertungkus-lumus membuat persiapan raja sehari. Macam baru semalam pergi honeymoon. Dan semuanya lah, macam baru berlaku semalam.

Setahun yang aku dan Irwan tempuhi dengan penuh adventurous. Setahun yang penuh dengan cabaran, halangan, suka-duka, tangisan, senyuman dan semua segenap perasaan yang terbit.

Dalam setahun inilah, baru mahu kenali identiti, personaliti dan tabiat masing-masing. Bila sudah duduk sebumbung, tidur sekatil, baru tahu diri masing-masing. Dan aku kira itu semua pembelajaran yang sangat menyeronokkan untuk dipelajari :)

Aku bersyukur sangat sangat pada Maha Pencipta, kerana dijodohkan aku dengan orang yang aku sayang dan cinta. Walau ada onak duri dalam hubungan ini, ada ranjau yang berliku, tapi alhamdulillah semua dapat diredahi dengan sejiwa, seia sekata.

Memasuki tahun kedua, hidup aku dan Irwan akan bertukar, dengan kehadiran si kaki kecil ini tidak lama lagi. Semoga ikatan yang kami bina kekal dirahmati dan dipelihara Yang Maha Esa.Amin!

Dan aku berazam, mahu menjadi isteri yang terbaik untuk Irwan dan mummy yang sempurna untuk Muhammad N nanti :)


To you my dearest;
Thanks for all your loves.
I'm very gratitude to God to have a life & soul-partner just like you.
I wish our relationship will be last till the end.
I love you so much!!



p/s: I'm so touched, when seeing Irwan has do lot of changes. Dia dah pandai tulis love words, dedicate love songs :) Sweet!! :)

Wednesday, October 26, 2011

.A Bad Dream.

Assalamualaikum.

Last night I had a very very bad dream, I guessed -_- Lately, those 'black' dreams come frequently, and I'm quite scared when I thinked about it.

About last night, yeah I dreamed that my husband cheating on me, and the worst part is cheating with one of my best friends! pffft. Apa punya mimpi lah!

In that dream, both of them do not have any guilty feeling in hurting my heart even an-inch. Geram betul i! Until I woke up and my whole body were sweating!

Fuhh, nasib baik it was just a dream! But how about if it really happen?

Oh NO NO! I cannot and I don't want to imagine about that thing. But if one day it really happen, I think I CANNOT FORGIVE THEM FOR THE REST OF MY LIFE. Sampai dekat Padang Masyar pun I cannot forgive them kot.

Yeah you maybe can live happily together after dumped me, but you'll never live peacefully. I guarantee lah. Yelah kan, what you give, you get back kan. You sakitkan hati orang, one day you kena balik ye tak. Nowadays kan Tuhan bayar cash :)

Iskk emo pulak, dah takmo fikir bukan-bukan dah :)

Tuesday, October 25, 2011

.Kesian Anak Sedara Mak Ngah.

Assalamualaikum.

Isnin semalam, balik je dari klinik (aku mc semalam), kakak aku telefon bagitahu yang anak dia admitted to Ampang Puteri disebabkan oleh keadaan kesihatan dia yang tidak memuaskan sejak sebulan yang lepas.

Anak sedara mak ngah yang sorang ni, Muhammad Al-Faatih dah sebulan lebih asyik dok batuk-batuk je, pergi klinik dah banyak kali, tapi tak baik-baik. Last-last doc tahan, kena admitted.

Lepas didiagnosis, kemungkinan disebabkan kahak yang terkumpul dalam badan dia (baby kan tak pandai lagi nak buang kahak), yang membuatkan batuk dia tak baik-baik. Jadi kena lah buat fisio (untuk keluarkan kahak) dan buat nebulizer (betul ke aku eja nih?) untuk buang kahak-kahak yang terkumpul tu.

Sebelum pergi fisio, darah Faatih kena ambil untuk dibuat test. Masa kena amik darah tu, dia menangis, meraung tak ingat. Sakit kot. Aku tengok pun macam kesian gila, yelah budak kan, apalah daya dia sangat. Aku tak tau macamana kalau anak aku yang sakit nanti, mau aku yang menangis kot.huhu.

Jom layan gambar budak sakit ni.

Panjang betul nama penuh Faatih, jenuh nak isi borang exam nanti :)

Kesian betul tengok Faatih masa ni, macam tak bermaya sangat.

Cian mak ngah tengok dia, kalau anak sendiri macamana tah.

Lepas buat fisio, baru ok sikit. Lepas tu terus jadi lapar, minum susu tak ingat dunia dah.

Malam tadi, muka sudah ceria sikit :)

Alolo si demok ni, panggil ibu dia "Abu", bukan ibu. hehe.

Tau aje mak ngah tengah amik gambar dia.

Muka hari ni, makin sihat.


Mak Ngah doakan Faatih cepat sihat ok. Lepas ni tak mau nakal-nakal dah, kena selalu dengar cakap ibu dengan ayah tau. Be strong ok, Faatih kan hero :)

Tak sabar mak ngah nak tunggu baby mak ngah keluar, nanti boleh main-main dengan Faatih kan. Masuk sekolah sama-sama, hehe.

Friday, October 21, 2011

.Cerita Birthday & Si Kaki Kecil.

Assalamualaikum.

Kalau Jumaat minggu lepas sibuk menghitung hari untuk birthday sendiri :P Kali ni nak cerita sikit pasal birthday aku tahun ni.

Macam yang aku bagitahu hari tu, birthday tahun ni aku sambut kat kampung, memandangkan Irwan jauh di benua sana -_- Alhamdulillah, kenduri doa selamat untuk aku melahirkan nanti berjalan dengan lancar. Atas permintaan aku, mak aku buat sekali dengan doa kesyukuran sempena hari lahir aku. Yelah daripada buat birthday party, baik buat doa selamat kan :)

Atas permintaan aku juga, mak aku buatkan aku bubur putih-bubur merah. Tak tau lah korang pernah dengar tak, tapi rupa dia macam ni.

Bubur merah tu beras yang dimasak dengan gula merah kalau tak silap. Yang putih tu pulak dimasak dengan santan. Bubur merah memang lebih banyak daripada bubur putih semasa dihidangkan.

Selalunya kalau kita berhajat, masa kenduri atau hari-hari biasa masaklah bubur ni dan jamu orang makan, dan sebelum makan baca selawat dan niatkan dalam hati hajat kita tu.

Dan yang paling buat aku terharu, mak aku tempahkan birthday kek untuk aku. Sayang mak!!! :)

Ini Blueberry Cheese Cake yang super sedap!! Serius tak tipu. Aku bukan penggemar cheese cake. Mula-mula macam tak mau makan, sebab dah confirm mesti muak punya nanti.

Tapi bila dah makan, memang sedap kot. Tak muak langsung dan banyak jugaklah aku makan. Baby kat dalam perut pun suka cheese cake ni :P

Walauapapun aku nak ucapkan terima kasih khususnya pada mak ayah aku yang buatkan kenduri untuk aku. Semoga semuanya dirahmati Allah.

Dan pada kawan-kawan yang wish birthday aku haritu, aku appreciate sangat. Thanks tau! Hadiah tak penting, yang lebih penting adalah ingatan korang :)

Tapi kalau hadiah daripada orang tersayang tu haruslah penting kan :P :)

Macam biasa dari tahun lepas, Irwan jadi orang pertama yang wish birthday aku. Dan ucapan birthday yang dia tulis kat FB aku, buat aku touching:

"Each year your birthday reminds me that i really want to say im very glad and happy i know you and i always think of you and our baby each time of my day. Happy birthday isteriku. : )"

InsyaAllah, seiring dengan usia, aku akan cuba menjadi isteri yang terbaik dan ibu yang sempurna pada zuriat dia. Amin.
.
.
Tinggalkan cerita birthday, mari aku tunjuk gambar si kaki kecil yang aku dah janji nak tunjuk dulu.

Ini gambar scan waktu minggu ke-28. Yang aku tanda bintang tu, itu otak dia. Dan yang bertanda segitiga tu adalah jantung dia :)

Ini yang paling latest, gambar minggu ke-32, aku check minggu lepas.


Mulai minggu lepas, aku dah mula daftar dekat hospital yang aku nak bersalin tu (sebenarnya agak lambat lah, tapi nasib baik diterima lagi). Gynae aku yang dekat hospital ni namanya Dr. Chew. Kalau jumpa kali pertama nampak macam sarcastic, tapi sebenarnya dia ok.

Dia sangat concern untuk kita yang baru pertama kali ada baby ni, jadi dia nak kita faham betul-betul apa yang dia terangkan. Aku rasa seronok masa buat check-up tu :)

Baiklah, ini ringkasan sepanjang 32 minggu aku menjaga si kaki kecil ni:

  • Masa mula-mula aku ingat baby aku ni tak normal, sebab bila perut aku makin membesar aku noticed dia kurang tendang. Baru aku tau sebab baby dah makin besar, ruang makin sempit, jadi dia dah kurang tendang. Tapi still ada movement lah, dan itu normal.
  • Aku rasa baby aku ni faham apa mummy dia cakap, dan aku harap dia menjadi anak yang baik nanti. Sebab bila aku cakap-cakap dengan dia, dia mesti tendang-tendang, kira dia faham lah tu kan :)
  • Baby aku tak suka makan kari (sama macam daddy dia), especially kari mamak, sebab bila aku makan je, mesti aku sakit perut dan cirit-birit serta muntah.
  • Berat badan aku dah makin kurang meningkat. Setakat minggu lepas sudah 81.5kg sahaja. Pertambahan berat dari minggu ke-28 ke hinggu minggu ke-32 cuma 600g sahaja.
  • Berat baby yang semakin meningkat sekarang ni. Sehingga minggu lepas sudah 1.886kg.
  • Sekarang gusi aku kerap berdarah lagi-lagi bila gosok gigi, pedih ulu hati memang setiap hari dan sekarang ni kesukaran untuk bernafas bila malam-malam. Mula-mula aku macam takut jugak, tapi bila baca rujukan, rupanya itu simptom biasa untuk ibu mengandung -_-
  • Bila perut makin membesar, badan pun rasa makin panas. Memang tak boleh tidur kalau takde kipas/aircond, confirm berpeluh. Bila berpeluh pulak, nanti kulit aku jadi gatal-gatal.
  • Selera makan aku tidak sedasyhat dulu. Sekarang aku dah tak ambil makanan berat untuk malam, makan roti, biskut dan minum susu dah cukup :)
  • Aku masih memandu ke tempat kerja, macam biasa. Kalau ikutkan tak berapa larat, especially bila waktu jammed, kejap-kejap kena tekan minyak dan brek, senak sikit perut ni. Tapi digagahkan diri jugak. Harap-harap Allah pelihara segalanya.
Rasanya tu je kot. Hari dah makin gelap, tanda hujan lebat akan melanda Kuala Lumpur lagi, seperti petang-petang sebelumnya.

Hujung minggu aku ni aku spend masa sendiri aja lah kat rumah. Irwan pun belum balik kan. Mungkin aku habiskan masa untuk mengemas rumah, cewah.

Wednesday, October 19, 2011

.Down.

Aku betul-betul sedih hari ni. Tapi aku tak boleh nak luah macamana. Cuma mampu menangis dalam hati. Sudahlah Irwan jauh, memang tiada pilihan selain tanggung semua seorang. Rasa nak pergi dari 'semua' ni. Kalaulah aku ada pilihan untuk berhijrah ke benua lain.

Tu lah, kadang-kadang dunia ni tak adil. Bila kita sudah dieksploitasi, segala ilmu dan tenaga kita sudah dikerah, senang-senang kita disingkir, tanpa ada sekelumit perbincangan sekalipun.

Betul cakap orang-orang tua, habis madu sepah dibuang,

Dunia oh dunia.

Tuesday, October 18, 2011

.Kurang Dua Minggu Lagi.


I'm trying to not counting the days, I know he'll be back very soon.
*miss you like hell*
:)

Monday, October 17, 2011

.Sedetik Lebih.

Khasnya untuk suamiku di benua sebelah sana;


Cuma mahu you tahu yang I sayang you sangat,
dan untuk selamanya.

Terima kasih untuk kasih sayang yang mencurah,
yang tidak terbelah.

Terima kasih untuk rindu yang menggebu,
sentiasa selalu.

Semoga segalanya kekal dipelihara Tuhan,
dan ditambahkan lagi kebahagiaan.

Amin.

Friday, October 14, 2011

.Hari Esok Hari Penting.

Assalamualaikum.

Tengok, sekejap je sudah Jumaat semula. Seminggu tu berlalu macam tak terasa, tapi sejak Irwan 'terbang', aku rasa nak menghabiskan setiap hari tu macam lama sangat :'(

Malam ni aku balik kampung dengan kakak aku. Sebab esoknya mak aku mahu buat kenduri doa selamat untuk aku bersalin nanti. Yelah, memandangkan aku sekarang sudah pun 7 bulan lebih (nak masuk 8 bulan dah), kan selalu orang Melayu buat upacara lenggang perut.

Tapi takdelah mak aku nak buat upacara tu, cukup dengan kenduri doa selamat agar aku selamat melahirkan nanti. Dan sekali buat juga kenduri kesyukuran sempena hari kelahiran aku :)

Kalau tahun lepas aku tak fikir sangat untuk sambut hari lahir (sebab sibuk sangat nak kahwin :P), tahun ni pulak kononnya aku berangan nak di celebrate oleh suami tercinta, nampaknya hajat tidak kesampaian lah jawabnya. Tapi takpelah, sekurang-kurangnya masa hari lahir aku tu dikelilingi oleh kaum keluarga, jadi tak lah merasa sangat kesedihan tu kan.

Aku rasa sambutan hari lahir aku paling seronok sekali (yang mampu aku ingat lah), masa aku Tingkatan 3 kat SMKAS. Masa hari lahir aku jatuh pada tahun tu, masa tu jugak 27 Rejab. Hari Jumaat. Jadi malam hari lahir tu (tengah malam), aku pergi surau - dirikan solat-solat sunat dan bertafakur. Masa tu jugak hujan mencurah-curah turun, hujan rahmat aku kira. Rasa tenang menyelinap dalam jiwa, terasa 15 tahun umur aku hidup tu diberkati.

Bila aku balik semula ke dorm, aku tengok banyak gila hadiah bersusun kat katil. Terharu gila kot T_T Hadiah daripada kakak aku, daripada bestfriend aku, daripada adik angkat, daripada kakak angkat, daripada kawan kepada adik angkat, daripada secret admire dan daripada dormmates :)

Seronok betul bila malam tu dihabiskan dengan acara membuka hadiah, baca kad-kad ucapan. Macam-macam ucapan ada, dan sampai sekarang aku ada simpan semua kad ucapan dan hadiah tu tau :)

Esoknya pulak mak ayah aku datang asrama, diaorang bawak aku pergi outing. Bayangkan diaorang datang dari Batu Pahat ke Segamat, masa tu jalan nak ke Segamat bukan elok sangat, nak pergi sana pun makan masa dua jam lebih. Kalau naik bas Yow Hoe, dekat 3 jam baru sampai, panas pungkok duduk dalam bas.

Sampai kat bandar Segamat, mak ayah aku bawak pergi kedai kek, dia suruh pilih kek mana aku nak untuk hari jadi aku. Belilah yang besar sikit diaorang cakap, sebab nak makan dengan kawan-kawan kan. Lepas tu ayah aku tanya nak beli hadiah apa, masa tu tingkatan 3 kan, mana reti nak dmand nih, ayah aku bawak pergi kedai kamera. Lepas tu dia belikan aku kamera kompak Kodak (model jenis apa aku tak ingat, tapi masa tu, itu model yang latest jugaklah).

Aku rasa minat aku dalam bidang fotografi mula bercambah dari situ lah kot. Bila aku dah start ada kamera sendiri. Memang sayang sangat mak ayah sebab belikan aku kamera :)

Balik je asrama, rupanya kawan-kawan aku pun ada belikan aku kek jugak. Diaorang kongsi-kongsi duit. Terharu. tsk. Jadi aku ada dua kek untuk hari jadi ke-15 tu. Best. Best :)

Itulah kot sambutan hari lahir aku yang paling terkesan dalam diri aku. Gambar-gambar masa tu semua ada lagi aku simpan sampai sekarang.

Bila zaman makin maju, makin dewasa dah kuranglah celebrate-celebrate ni. Paling tidak pun sebelum kahwin dulu, family aku mesti bawak pergi makan-makan, tak kiralah pergi makan seafood ke, makan western ke. Walaupun takde kek, tapi at least adalah birthday treats kan :)

Dan esok, sambutan hari lahir aku lagi meriah kot, sebab diraikan oleh ramai orang (termasuk orang-orang jemputan kenduri), yang penting pada aku ia diberkati.

Cerita tentang hari lahir aku, akan aku cerita nanti lah ye :)

Cuma aku ada wishlist untuk birthday present (tak habis-habis dengan wishlist), walaupun aku tahu takde siapa nak bagi pun -_-

Aku memang teringin sangat nak Iphone. Haha saja nak bagi bold :P Kalau tak dapat, Ipad pun jadilah. Ada ke siapa-siapa nak sedekah kat aku? Second hand pun aku amik je wehh :) Hehe kalau tak dapat tahun ni, tahun depan lah aku berusaha keras bagi hadiah pada diri sendiri :) *sadis*

Tapi kalau tak dapat, aku akan cuba jugak bagi treat untuk diri sendiri, handbags pun jadik la. Longchamp or Coach pun jadik la. Kalau boleh nak LV, tapi itu macam mustahil je :P

Tapi kalau tak tau jugak nak bagi aku hadiah apa, bagi voucher or cash money pun boley, tahu lah aku nak spent nanti :)

Oklah aku nak balik dah. Esok aku nak pergi check-up baby, dan buat booking untuk bersalin. Doakan perjalanan aku selamat ya :)

Wednesday, October 12, 2011

.Dear Daddy.

Assalamualaikum.

Dear Daddy,
Hari ni dah masuk hari ke-4 daddy pergi outstation. Baru sekali baby dapat dengar suara daddy. Mummy kata tak boleh cakap dengan daddy selalu sebab nak call mahal kan. Takpelah, dapat tengok daddy update gambar-gambar and story daddy kat FB pun dah kira okey.

Daddy tahu tak, walau dah empat hari daddy pergi, tapi mummy still sedih. Lepas je balik dari hantar daddy kat KLIA tu kan, mummy dah start nangis semula. Nasib baik malam tu tok mak & tok ayah tido rumah temankan mummy, terpaksalah mummy cover line. Mummy buat-buat tabah and tak kesah kononnya daddy dah terbang.

Esoknya pagi-pagi tok ayah dengan tok mak dah balik Batu Pahat, sebabnya tok ayah ada mesyuarat tengahari tu. Tok ayah pun tak berapa sihat, dia asyik batuk-batuk je. Tapi diaorang datang jugak nak hantar daddy sebab diaorang cakap risau daddy nak pergi jauh. Bagus jugak diaorang datang, at least ada la orang temankan mummy malam tu kan.

Bila tok mak & tok ayah balik je, mummy dah mula menangis. Mummy cakap dia rindu sangat kat daddy. Dia rasa lain sangat daddy takde. Yelah selalu kan weekend mesti mummy pergi jalan-jalan dengan daddy. Daddy tahu tak, mummy kan dia masuk bilik baju daddy, pastu mummy amik baju Melayu yang daddy selalu pakai tu, dia cium baju daddy. Baby tau mummy rindu sangat kat daddy sebab tu dia macam tu.

Tengahari tu mummy pergi rumah mak long. Mummy ajak mak long pergi Carrefour sebab mummy kata dia nak beli barang sikit, sebab masa daddy takde mummy malas nak keluar rumah, dia nak makan roti and cereal je. Lagipun perut mummy dah makin besar, dah makin penuh, tak boleh makan banyak sangat.

Daddy nak tahu tak, mummy demam dengan batuk tak baik-baik since daddy pergi. Demam rindu kat daddy pun iye kot. Kesian baby tengok mummy, tiap-tiap malam mummy tak boleh tidur sebab batuk kuat sangat, sampai sakit perut mummy. Tapi baby tahu mummy tu kuat, dia tahan sakit sorang-sorang. Baby pun tak nak nakal-nakal dengan mummy sebab kesian nanti kalau mummy sakit takde orang dengan dia.

Mummy selalu cakap dengan baby, taknak baby nakal-nakal masa daddy takde. Mummy cakap daddy pergi kerja, daddy nak cari duit untuk baby. Sebab tu mummy cakap baby kena kuat, kena jadi anak yang baik. Mummy suruh doa supaya daddy balik dengan selamat nanti.

Dear Daddy,
Baby dengan mummy akan tunggu daddy balik. Minggu ni mummy nak balik Batu Pahat dengan mak long sebab tok mak nak buat kenduri doa selamat untuk mummy sempena mummy nak bersalin nanti. At least takdelah mummy boring sangat weekend ni kan.

Mummy cakap dia tulis-tulis kat FB bukan nak bagi daddy risau, mummy cuma nak express perasaan dia rindu sangat kat daddy je. Mummy tu luar je nampak kuat, tapi kat dalam dia fragile habis. Yelah, perut mummy makin besar, dia buat kerja pun cepat je penat, emosi pun asyik terganggu je, sebab tu mummy cepat emosi.

Dulu masa baru-baru kahwin mummy memang tak kesah duduk sorang-sorang sebab mummy dah biasa independent, tapi kali ni mummy sedih sangat sebab pembawakan budak kot. Baby tau, macam-macam yang mummy fikir, especially pasal daddy kat sana, tapi mummy tak tunjuk depan orang.

Malam tadi kan mummy tunjuk gambar kahwin dia dengan daddy. Daddy nampak hensem sangat masa tu, so baby harap bila baby besar nanti jadi hensem macam daddy lah jugak. Lama mummy peluk album tu tau, pastu mummy nangis. Kesian mummy, rindu sangat kat daddy. Mummy cakap dia sayang daddy sangat, sampai akhir hayat. Sayang ribu-ribu lemon mummy cakap.

Oklah daddy, dah panjang sangat ni. Mummy cakap tak boleh tulis panjang-panjang. Nanti kalau daddy terbaca daddy jadi makin risau. Mummy cakap dia tak kesah pun daddy pergi outstation, cuma dia emosi sangat sekarang ni sebab keadaan dia tengah macam ni. Lagipun ni first time daddy gi outstation jauh sejak kahwin kan. Mungkin pasni kalau daddy outstation lagi, mummy dah biasalah kot.

Mummy taknak daddy risau. Dia cakap dia akan jaga diri baik-baik. Mummy pun tak lupa minum susu and makan ubat macam yang daddy pesan. Mummy suruh daddy fokus pada kerja je. Mummy cakap dia mintak maaf sebab buat daddy risau, dia takde niat nak buat daddy risau.

Daddy take care tau kat sana. Jaga kesihatan daddy ok. Baby and mummy doakan daddy selalu sihat dan selamat balik nanti.

Bye daddy!


Always love you;
Baby & Mummy.

Friday, October 7, 2011

.Bermain Dengan Emosi.

Assalamualaikum.

Jumaat datang lagi. Waktu sekarang berlalu betul-betul macam kilat. Haih. Hari ni jugak Bajet 2012 dibentangkan. Aku tidak ambil pusing sangat, bukan tak ambil berat hal negara, tapi sebab aku dapat dengar pun melalui radio online yang didengar daripada PC ni, sambil tu tangan buat kerja. Jadi intipati yang dibentang tu tak dapat didengar dengan jelas butirnya.

Dulu masa belum kerja lain lah, bila balik rumah waktu pembentangan bajet mesti dah standby depan televisyen dengan mak ayah, dah siap buat air teh o dan paling tidak pisang goreng panas mesti ada. Sambil mengunyah sambil dengar bajet. Sekarang dah sibuk bekerja, mana ada masa nak berleisure ada waktu minum petang.

Baiklah, aku bukan nak cerita pasal bajet. Biarlah, aku rasa kerajaan dah membuat pertimbangan yang cukup baik dalam melaksanakan bajet. Bukan senang nak bagi semua lapisan masyarakat puas hati kan. Jadi kalau dapat capai sasar 70% yang puas hati pun dah ok kot. Yang pasti kalau cukai rokok dinaikkan, aku antara yang menyokong :P *harapnya Irwan akan kuranglah merokok nanti kan*

Oh, ini masa pinggang masih bercutting. Sekarang? T_T

Bulan Oktober ni pada aku bulan untuk aku bermain dengan emosi. Perasaan ini betul-betul akan diuji. Bayangkan eh, esok Irwan akan terbang jauh meninggalkan aku dan baby ni. Sejauh mana? Sejauh route ini. Kuala Lumpur - Cape Town - Buenos Aires. Dan hanya akan pulang 3 minggu selepas itu, juga dengan route yang sama.

Bukan tak biasa berjauhan, sebelum ni pun kitaorang mengamalkan pernikahan-jarak-jauh, tapi entahlah mungkin disebabkan 'keadaan semasa' aku yang sedang begini, maka emosi tu cepat benar sentap. Yelah, daya pergerakan aku pulak semakin lemah, perut makin membulat, badan pula semakin berat, hendak buat apa-apa cepat pulak mengah.

Lagi-lagi pulak sejak kebelakangan ni aku asyik kena Braxton Hicks je. Adalah sudah 3 kali macam tu. Sakitnya? Boleh tahan. Tak tergambar dengan kata-kata. Sakit untuk beranak aku tak mau bayangkan, lebih daripada itu kot T_T

Dalam tempoh masa aku menjadi 'isteri tinggal' ni, ada dua tarikh penting dalam hidup aku. Satu tarikh adalah hari kelahiran aku, dan satu lagi adalah hari ulangtahun pertama kami! Hah, bertambahlah rasa sekejapnya setahun kan. Macam-macam dugaan dan cabaran sepanjang tempoh tu tahu. Bukan senang menuju ke arah perkahwinan setahun ni.

Nampaknya tiadalah celebration, tiadalah candle light dinner. Surprise flower lagilah tak ada. Tak apalah, dah dituliskan begini kan.

Aku cuma harapkan Irwan pergi dan pulang dengan selamat, itu sudah memadai untuk aku. Bukan apa, persediaan untuk menyambut si kaki kecil ni pun belum lengkap lagi. Perancangannya selepas dia balik baru pulun habis untuk beli itu ini.

Hari makin gelap, hujan kat luar tu masih belum mahu berhenti. Aku nak balik dulu. Malam ni kitaorang nak pergi tengok wayang, at least berdating lah sebelum dia 'terbang' kan :)

Tak dapat aku bayangkan, macamana kat KLIA esok. Rasanya perlu aku standby banyak tisu. Maklumlah aku kan wanita yang bersifat air, maka air mata tu murah sangat untuk tumpah!

Last but not least, untuk suami yang dicintai:




p/s: Mak ayah aku pun datang esok, nak hantar menantu 'terbang' katanya :)

Tuesday, October 4, 2011

.Impian.

Aku ada banyak impian dan wishlist yang masih belum tercapai, masih belum mampu untuk ditunai. Salah satunya;

Smartphone / Iphone.

Nak sangat! Entah bila aku boleh dapat.

Thursday, September 29, 2011

.Minggu 29.

Assalamualaikum.

Seminggu lebih dah tak update. Al-maklum, kesibukan tugas menjadi kekangan. Just nak update perkembangan aku sepanjang 29 minggu kehamilan. Wahhh sekejapnya masa berlalu. Lagi 11 minggu je untuk melahirkan (insyaAllah!), aku berdoa semuanya berjalan dengan sangat-sangat lancar. Amin!

Haa kandungan aku lebih kurang macam ni lah rupanya. Yang mana kepala baby tu dah mula turun - dan sebab itu jugaklah aku asyik ulang-alik ke tandas lebih kerap. Jadi kalau tengah-tengah malam tu, kalau aku rasa malas nak bangun, aku akan kurangkan minum pada waktu malam. Kalau tak, tido memang lah tak nyenyak asyik dok berjaga malam pergi kencing.



Alhamdulillah, hari tu masa aku pergi check-up, semuanya ok - maksudnya baby aku bersaiz normal, berat pun normal - baru 1.2kg (baru 1.2kg? berat aku punya lah naik sampai 20kg kot! tu berat part mana lah tu kan), dan aku juga bebas daripada hepatitis, darah tinggi dan diabetes - Syukur sangat sebab aku melantak macam-macam, semua benda nak dimasukkan dalam perut T_T

Mood aku? Biasalah kadang-kadang swing. Ada masa sensitif tak tentu pasal. Kalau dilayankan je perasaan ni, memang asyik kerja nak menangis jelah jawabnya. Padahal benda takde apa-apa pun, saja nak emo sendiri. Haih~

Cuma Irwan cakap kat aku, sejak aku pregnant ni, sikap aku dah tak berapa interesting macam dulu - maksudnya kalau dijadikan teman berbual tak berapa best gitu. Dia siap cakap, kalau masa mula-mula kenal dulu sikap aku macam ni, tak jadi dia nak couple dengan aku. hahaha. But aku admit, aku sekarang seorang yang forgetful, membosankan dan mendatar -_- Biasalah bila pregnant ni, benda-benda tak dijangka yang berlaku kan. Unpredictable action and feelings tu sudah jadi perkara lumrah.

Esok aku cuti. Sebab minggu ni aku nak pindah rumah. Ke sarang yang lebih baik, lebih kurang lah kot. Tapi satu apa aku tak kemas lagi. Tak larat wehh, balik kerja dah pukul berapa, masa yang ada waktu malam memang diallocate kan untuk merehatkan badan jelah. Jadi esok kena pulun habis lah kemas barang, sebab hari Sabtu lori tinggal datang untuk angkut semua barang je.

Walaupun aku tengah sarat ni, tapi aku cuba untuk tidak menyusahkan Irwan. Kesian dia balik kerja dah la lambat, cecah pukul 10 malam setiap hari, kalau semua nak harapkan dia kemas, mau putus urat dia kan. Mana yang boleh aku buat selagi mampu, aku buat lah. Tak boleh nak manja sangat kan :)

Habis je minggu ni, maksudnya lagi seminggu Irwan akan pergi outstation. Aku macamana? Jangan cakaplah, tahan jelah sedih ni. Kalau nangis guling-guling pun dia tetap kena pergi jugak. Redha jelah beb.

Hari ni genap 11 bulan kitaorang kahwin, sekejap sangat masa berlalu kan. Sekarang berdua, tak lama lagi bertiga pulak. Aku balik dulu lah, nak pergi celebrate monthanisary, dinner katanya :)


Tuesday, September 20, 2011

.Undescribed Feeling.

Hai.

Sebenarnya perut tengah kenyang. Mata pun boleh tahan ngantuknya. Kalau buat kerja pun kira tak berapa produktif lah.

Aku sihat. Semalam aku pergi check-up, diam tak diam sudah 7 bulan dah perut aku membesar ;) Maksudnya kira-kira lagi 2 bulan, insyaAllah jika diizinkan Tuhan, aku akan melahirkan. rasa takut ada, cuak ada, tak boleh bayangkan lah keadaan masa tu nanti. *post-poned tak payah bayangkan*

Nanti esok aku cerita pasal check-up, dan upload sekali imej scan tu :)

Kitaorang akan pindah ke rumah baru hujung bulan ni, tapi satu apa pun tak kemas lagi. Aku lagi la, mood tengah malas memanjang, nak sentuh apa-apa pun jadi malas.

Makin perut besar, makin lah malas tau nak buat apa-apa. Hari yang sama kitaorang pindah tu, malamnya pulak Irwan dah nak pergi outstation. 3 minggu pulak tu, bila dia balik je tau-tau aku dah 8 bulan :(  Kalau dekat takpe, ini terpisah sehingga kira-kira 15,966.80 kilometer. Time zone pun beza -11 jam. Kalau naik flight tu, makan masa 1 hari jugaklah.

Hmmm entah kenapa, aku macam sedih bila nak kena tinggal. Aku tau dia pergi sebab kerja, tapi entahlah. Perasaan yang sukar diterjemah. Mesti aku nangis gila-gila lah nanti. Dah la sekarang ni air mata memang murah kot T_T

Nak Skype, laptop takde, handphone tak support T_T  Nak emel? Esoknya baru dapat reply. Nak call confirm tak boleh selalu. Tulis surat? Dia balik Malaysia baru dapat reply kot.

Tahan jelah perasaan ni. Oh hati, sila lah menjadi kuat.

Thursday, September 15, 2011

.Selamat Hari Malaysia.

Tahun ini tahun kedua kita semua sambut Hari Malaysia. Semoga Malaysia terus kekal maju, makmur, aman dan sejahtera.

Tak mahulah aku Malaysia huru-hara macam negara-negara luar tu. Yang penting, cukup makan, nak ke mana-mana pun rasa selamat, cukuplah.

Jadi apa rancangan cuti 3 hari ni? Undangan rumah terbuka memang banyak, alamatnya mengumpul lemak lah hujung minggu ni. Dan ada 3 buah rumah aku nak view mulai esok. Oh ya lupa nak beritahu, kalau dapat rumah yang bersesuaian, aku dan Irwan akan pindah dari lokasi sekarang ni.

Almaklumlah sudah ada sejarah hitam dengan lokasi sekarang. Harap-harap rezeki menyebelahi kami kali ini, senang dapat rumah yang elok dan yang penting menepati bajet lah. Setakat sewa sampai RM1000++ buat apa kan, tolong orang bayar rumah je, kalau rumah sendiri takpe jugak.

Selamat Hari Malaysia semua!


Thursday, September 8, 2011

.Sneak-Peak Raya.

Hah! Nak tengok sangat muka aku yang tengah kembang ni :P
Nantikan yang berikutnya :)



p/s: Thank you to Betty Abas for styling my shawl on Hari Raya. I like! :)

Tuesday, September 6, 2011

.Thank You Dato'!.


Assalamualaikum.

Nak cerita ni. CEO aku ada blog jugak tau, jangan ingat korang je ada. Tapi ini bukan public blog, just for internal readings antara staff saja.

Ini header blognya.


CEO aku cuma akan post entri baru seminggu sekali, iaitu pada setiap hari Isnin. Pada setiap post, beliau akan cerita macam-macam benda dan kongsi perihal perkembangan syarikat, jadi sekurang-kurangnya para staf dapatlah gambaran kat mana tahap prestasi syarikat setakat ni kan.

Semua entri beliau yang taip sendiri, selalunya via Ipad lah (sampai cerita dia tertinggal Ipad dalam flight pun dia cerita jugak tau).

Dijadikan cerita, aku pun rajinlah mengkomen entri dia sebelum raya hari tu (dah dua tiga kali jugaklah aku komen sebelum ni).


Dan pada entri beliau untuk minggu terakhir bekerja sebelum cuti raya, di akhir entri beliau mengulas komen aku :)


Bangga sekejap!

Walaupun Dato' salah taip nama saya, tapi takpe. Sekurang-kurangnya saya tahu Dato' baca jugak komen saya kan :)


Thank you Dato'! Cepat-cepatlah bukak Twitter, nanti boleh tweet tweet ye tak :)



p/s: Ramai jugak yang panggil aku Nurjihah, susah sangat agaknya nak sebut Nur Najihah :)

Friday, August 26, 2011

.Ikhlas Dari Hati.

Dikesempatan ini, aku dan Irwan ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada semua pembaca blog ini tak kira dimana jua anda berada :)

Mohon ampun dan maaf sekiranya segala tulisan yang dicoretkan selama ini ada menyinggung hati mana-mana pihak samada secara langsung atau tidak langsung.

Semoga Hari Raya ini menjadi hari raya yang diberkati, insyaAllah.

Hati-hati pulang ke kampung! Ingat orang yang disayangi ;)

Thursday, August 25, 2011

.Raya Oh Raya.

Assalamualaikum.

InsyaAllah 5 hari saja lagi kita semua akan menyambut Aidilfitri. Kemeriahan makin terasa (walaupun bakal menjadi mummy tak lama lagi), dan segala persiapan juga telah dibuat.

Tahun ni adalah tahun pertama aku dan Irwan beraya sebagai suami isteri. Kalau Aidilfitri tahun lepas, persiapan pun tangkap muat saja sebab kami lebih menumpukan kepada persiapan untuk perkahwinan, tahun ini kami agak bersedia walaupun dengan dugaan datang melanda bertimpa-timpa. Alhamdulillah, itu semua hikmah dari Allah.

Baju raya kitaorang beli sepasang seorang. Cukuplah tu, buat apa membazir. Aku tau ada orang beli sampai 4 hingga 10 pasang kan. Hari Raya bukan ertinya perlu membazir ye tak? Tambahan lagi dengan keadaan perut aku yang dah makin membulat ni, nak beli baju banyak pun rasa macam rugi je kot. Kalau badan selim-melim takpe jugak.

Mujur fesyen kaftan menyelamatkan aku. Itu jelah fesyen yang sesuai untuk ibu mengandung -_- Nak tau rupa baju raya aku? Hehe tunggu hari raya lah, nanti tak seprais pulak kan. Irwan pun beli warna baju Melayu yang senada (bukan sedondon sebab material lain), kira okeylah untuk bergambar di pagi Syawal :)

Kasut raya? Memang dah tak pernah beli sejak dewasa ni. Pakai jelah kasut yang ada. Lagipun kaki aku dah mengembang sedikit, jadi aku lebih senang untuk pakai sandal je. Senang nak sarung dan tanggalkan bila pergi beraya nanti. Tunggu kaki aku mengecil semula baru pakai heels 5 inci ya!

Kuih raya? Macam biasa kuih order je semua. Mana ada masa nak buat kan. Masak untuk buka dengan sahur pun susah, inikan pulak nak buat kuih raya, harapan sungguh! Macam tahun lepas, aku dah siap-siap belikan kuih untuk mak aku dan mak mertua juga.

Duit raya? Aku mintak tolong ayah aku yang baik hati tukarkan. Tapi tak dapat duit baru lah, sebab tukar pun dah last minute, dapat duit recycle je. Tak kisahlah janji ada duit pecah untuk dimasukkan dalam sampul duit, kalau tak, kopak makcik nak masukkan duit hijau-biru semua :P :D

Kalau dah ada duit raya, mesti ada sampul raya kan? Tiap-tiap tahun memang aku tak susah nak dapatkan sampul, company aku kerja ni memang dah provide allocation sampul untuk staf. Kira cukup sangatlah untuk isi duit raya, siap bagi sampul lebih lagi pada mak, akak aku. Advantage kerja bank lah kononnya :)

Tahun ini giliran beraya pada pagi Syawal di kampung aku. Kebetulan akak-akak dan adik Irwan giliran mereka beraya di rumah mertua masing-masing. Kitaorang pun ikutlah flow dah alang-alang kan, lebih senang nanti tahun-tahun depan tak payah nak oo som balik raya. Jadi tahun depan pulak, akan beraya di kampung Irwan pulak, bersama ahli keluarga baru, insyaAllah :)

Kakak aku dan keluarganya pun beraya di kampung aku bersama si demok Faatih tu :P Tahun lepas diaorang beraya berdua kat negara Kanggaru nun, tahun ni raya cara Malaysia lah pulak.


So amacam persiapan raya korang? Balik kampung mana? Cer citer sikit :)

Tuesday, August 23, 2011

.Terfikir.

Ada satu ketika aku terfikir untuk kembali mempublickan semula blog aku. Yelah, sekurang-kurangnya aku dapat kongsi cerita aku dengan lebih ramai orang, sebab itulah tujuan asalnya aku berblog.

Mungkin masanya belum tiba, sebab aku masih melihat masih wujud lagi faktor-faktor yang buat aku rasa kurang selamat.

Ya, perasaan insecure yang masih menebal. Tepat lagi disebut trauma oleh dengan kejadian lepas. Tak mahu aku pisang berbuah dua tiga kali. Nanti jiwa aku jugak tergadai.

Monday, August 22, 2011

.Kisah Bulan Madu.

Assalamualaikum.

Dam dam dum bunyi mercun. Minggu depan dah raya hoyeah! Raya dah dekat, tapi aku tak mau cerita pasal raya dulu, aku nak cerita pasal honeymoon kitaorang. Cewah. Patutnya cerita pasal raya lah kan, ini cerita pasal bulan madu pulak. Ini semua sebab aku baru lepas baca kisah bulan madu Atie lah ni, jadi tiba-tiba je macam bersemangat nak cerita jugak :P

Biasalah aku kan, kena ada pembakar semangat baru boleh mula cerita, kalau tak, alamatnya sampai aku deliver baby, masih terbeku lah cerita honeymoon ni. Masa tu nak cerita pun dah basi. huhu.

Cerita mula bila sebelum kahwin kitaorang memang dah merancang untuk honeymoon trip ni. Yelah, pengantin baru mestilah ada honeymoon kan, at least kalau orang tanya pergi honeymoon tak, sekurang-kurangnya adalah jawapan yang boleh dibagi.

Jadi, aku dengan Irwan pun mula memikirkan destinasi yang menarik untuk dilawati dan yang boleh menaikkan mood berbulan madu. Orang cakap, pergi tempat-tempat yang ada pantai baru seronok. Boleh mandi-manda sama-sama sambil main simbah-simbah air dalam laut kan :p

Ada beberapa destinasi yang bermain di fikiran. Mula-mula kitaorang rancang nak pergi Pulau Sipadan, tapi Irwan cakap, pergi jauh sikitlah sebab kononnya itu masih dalam Malaysia. Amboi, nak keluar Malaysia gak tu! Ok cancel. Destinasi kedua yang dipertimbangkan, Bali. Tapi Irwan cakap Bali bahaya lah, takut ada kes bom-bom lah T_T Cancel lagi. At last, setelah berbincang dan menepati bajet honeymoon yang ada, here we go, Phuket!!

Kebetulan aku pun dah pass kelas Thai language, jadi inilah masanya nak praktikkan apa yang dipelajari kan. Secara jujurnya, honeymoon ni aku yang sponsor, sebab yelah nak book tiket dengan hotel mestilah sebelum kahwin, baru dapat harga berpatutan. Kalau book on the spot, tak pergi lah jawabnya -_-

Aku pun faham keadaan kewangan Irwan, yang masa tu tengah pulun kumpul duit untuk kahwin kitaorang. Jadi, bekerjasamalah kan. Susah-senang sama-sama, baru nikmat alam perkahwinan :) Nasib baiklah duit elaun aku masa outstation ke Singapore dulu tu masyuk jugak, jadi cukuplah untuk beli barang-barang kahwin dan pergi honeymoon.

Aku book tiket flight dan hotel bulan Ogos, honeymoon kitaorang bulan 11, 2 hari lepas tarikh kahwin. Tak menyempat nak pergi kan. Bukan apa, masa tu mood pengantin baru masih ada kan :p Aku takdelah amik pakej honeymoon, kitaorang pergi free and easy je, lagi senang dan lagi murah.

Tiket pergi balik dari LCCT ke Phuket untuk dua orang masa tu kalau tak silap aku MYR549.00. Hotel kitaorang book untuk 3 malam, kira honeymoon trip 4 hari 3 malam lah. Hotel pun aku bukan book honeymoon suite, hotel biasa je. Janji boleh tidur, dan yang paling penting ia dekat dengan pantai.

Setelah meneliti harga, aku book kat Phuttasa Residence, Phuket. Dari hotel ni nak berjalan ke pantai Patong cuma kira-kira 200m je. Harga pun boleh tahan, satu malam kira-kira RM120 je kalau tak silap. Kalau ikutkan hati, aku nak book backpackers's lodge je, murah sikit. Tapi nanti takde mood honeymoon pulak kan. Cewahh. Hotel aku tu, walaupun tak mahal, tapi yang penting kemudahan untuk berinternet amat mudah. Kira lepas penat jalan-jalan, balik hotel je terus online kat lobby :)

Pantai yang famous kat Phuket ni adalah pantai Patong, dan memang menjadi tumpuan tourist lah. Siapa pergi Phuket tapi tak tau Patong beach tu kat mana, memang nak kena bantai. Pantai lain yang terkenal macam Karon Beach, Kamala Beach, Cape Panwa dan yang lain-lain sila Google sendiri ya :D So korang boleh pilih lah nak duduk hotel yang dekat dengan pantai mana.

Sebelum aku bercerita dengan lebih lanjut, mari layan gambar dulu.

Tengah tunggu waktu untuk check-in. Kitaorang bawak 2 luggage je. Yang besar tu aku punya, yang kecik Irwan punya. Biasalah perempuan, banyak self-essentials yang perlu dibawa. hehe.

Irwan haruslah merokok dulu sebelum naik flight. Kalau tak, tak senang duduk nanti ;p


Nampak tak masa ni peha aku masih kecik jugaklah. Sekarang saiznya sekali ganda daripada tu.

After luggage checked-in, tunggu masa untuk depart. Boring gila tunggu, apa lagi, sibuk posing jelah kan.

Memang flight kitaorang dipenuhi dengan foreigner je. Dan hanya kitaorang berdua orang Melayu. Seat kepala merah maksudnya hot seat, iaitu kira seat priority.

Sebenarnya aku book untuk seat biasa, tapi staf AirAsia yang bermurah hati tu cakap "You both honeymooners ya? I'll give the hot seat lah."

Dan yang paling best tu, luggage kitaorang terlebih dari weight limit (aku beli 20 kg je, bajet luggage tak berat sangat), dan dia waive je charges tu :) Thank you AirAsia!

Mata merah menunjukkan tak cukup tidur. haha. Pengantin baru mana cukup tidoq kan :P :D

Oh mana boleh gambar aku takde kan :D

Masa booking flight tu, aku book untuk makanan sekali, sebab flight kitaorang petang dah nak ke malam, jadi nikmatilah Nasi Lemak Pak Nasser yang quite sedap jugaklah. Cukuplah untuk alas perut.

Masih tidak cukup? Ini semua kerja Irwan, dia nak makan pizza lah, nak Krispy Kreme Donut lah, macam budak-budak -_- Aku tumpang sekaki lah.heheh.

.

Kitaorang sampai Phuket malam, masa tu dah pukul 9. Jadi agak kepenatan. Malam tu Irwan ajak round-round aku pun dah tak larat. Simpan tenaga untuk esok sajalah.

Muka pagi di Phuket. Inai masih merah di tangan you!

Oleh sebab kitaorang macam lost sikit mula-mula tu, tak tau nak pergi breakfast kat mana, kitaorang pergi je ke Burger King.

Walaupun tiada logo Halal (kat sini memang susah nak jumpa kedai berlogo halal), tapi kitaorang bertawakkal jelah makan breakfast tu, janji tiada isi kandungan babi dalam tu.
Dia punya kentang sedap gila, kat Malaysia aku tak jumpa pulak kentang macam ni.
.
.
Dah penat eh korang baca? Aku nak sambung pulak, sebab kalau aku buat Part 2, alamatnya lepas bersalin nantilah baru ada.

Masa touch down je kat Phuket, dekat airport tu kitaorang terus naik van airport transfer ke hotel. Nama pun free and easy honeymoon, jadi semuanya tempah satu-satu lah.

Kemudian, driver tu berhenti dekat satu tempat travel agency, kat situ dia promote lah pakej bagai-bagai, nak menjelajah pulau ke, melawat kawasan perusahaan ke, macam-macam lagi lah. Harga pun boleh tahan jugak -_-

Oleh kerana ada kekangan bajet (tak expect harganya agak mahal), kitaorang cuma beli pakej untuk pergi ke Phuket Fantasea je. Kira tempat ni antara tarikan utama di Phuket lah. Kalau tak pergi memang rugilah orang cakap. Nasib baik tokey travel agency tu orang Malaysia, jadi dia bagi harga tiket untuk pasaran Malaysia. Kalau tak lagi mahal. Harga untuk seorang adalah RM190. Nak tahu leboh lanjut pasal Phuket Fantasea, Google lah ye :P

Masuk hari kedua, lepas sarapan kat Burger King tu, kitaorang mula memikirkan cara macamana nak meronda-ronda di sekitar Patong dan bandar Phuket. Yelah, mentang-mentang honeymoon, takkan nak memerap dalam bilik je kan. Jadi kitaorang pun sewa lah motor. Nak sewa kereta mahal, minyak lagi -_-
Kitaorang sewa motor Honda Click, untuk satu hari harga sewa 250 baht. Kitaorang sewa untuk 3 hari.

Puas jugaklah meronda naik motor. Kira romantik jugaklah, dapat peluk sambil naik motor :P dah kahwin boleh lah kan :) Mula-mula macam susah jugak bila naik motor, tapi tak tau stesen minyak kat mana. Tapi jangan risau, sebab kat sini banyak gerai yang jual petrol, cuma harganya agak mahal sikit.

Selain daripada kitaorang pergi Phuket Fantasea, acara wajib bila sudah ke pantai ialah bermandi-manda dan main jet ski. Kat sini nak main jet ski agak mahal pada aku, seorang 1500 Baht untuk setengah jam (ke 20minit eh?tak ingat dah). Tapi sebab dua-dua tak pernah main, pejam mata jelah masa bayar tu T_T

Kalau korang jalan-jalan tepi pantai, banyak khidmat urutan badan dan kaki disediakan, harga kira-kira 250 hingga 400 baht. Kalau rasa nak buat rambut simpul-simpul halus dan dipasangkan dengan klip rambut warna-warni dihujungnya macam macam nigger tu, harganya kira-kira 250 baht je.

Bila dah kat pantai, tak nak kalah kitaorang nak bajet macam Foreigner, dengan baju pantai, dengan spec hitam, siap sewa kerusi pantai dengan payung tu sekali. Harga aku tak ingat, tapi mahal jugaklah, dalam 400 baht kot. Tiada had masa berapa lama kita nak guna.

Yang best tu, bila dah duduk bersandar di kerusi malas, sambil badan disimbahi cahaya matahari sikit (bajet nak tanned kan kulit lah tu, padahal dah memang tanned :P), kalau korang rasa nak minum air kelapa ke, makan aiskrim ke, semua diaorang akan bawak datang kat kita.

Cuma sediakan duit jelah. Harga agak mahal, kira termasuk upah diaorang jalan kaki ke hulu ke hilir pantai lah. Bayangkan Cornetto je dah 40 Baht. Air kelapa pun 45 Baht, pergh kopak duit.

Bila dah penat-penat meronda, apa lagi haruslah ke rumah urut kan untuk mendapatkan urutan kaki. Harga agak berpatutan 250 Baht seorang. Irwan memang aku tak benarkan nak urut badan, iskk nanti diurut oleh perempuan Siam, jadi lain pulak. No way eh!

Kitaorang takdelah shopping banyak sangat, beli sikit-sikit je, ada jugak lah cenderahati untuk adik-beradik. Lagipun masa kitaorang pergi tu time peak season, jadi harga agak mahal.

Dan yang paling adventure tentang honeymoon aku adalah apabila flight ke KL yang sepatutnya pukul 9 malam telah delay 12 jam akibat masalah teknikal. Mula-mula dah siap checked-in semua, dah duduk dalam flight, flight pun dah mula nak terbang, tiba-tiba semua kena turun balik, dan checked-out semula luggage masing-masing. 2 jam kitaorang tercanguk kat Phuket Airport sebelum dimaklumkan yang flight hanya akan oke pada esok paginya T_T

Masa tu dah boring gila ah, melepak macam orang gila. Nasib baik ada AirAsia Insured, dia sediakan hotel untuk semua penumpang yang terkandas. Tak pasal tido satu malam lagi, nasib dapat bilik best! Tu dapat bilik dekat jam 2 pagi, dapat tidur kejap je, sebab pukul6 pagi esoknya dah kena gerak ke airport semula sebab flight kitaorang pukul 8 pagi.

Thrill sungguh! Badan penat, esoknya pulak dah nak majlis resepsi kat rumah Irwan. Pengantin tak cukup rehat.huhuh.

Banyak lagi cerita masa honeymoon, tapi nanti jadi terlalu panjang boring pulak nak baca kan. Itulah serba sedikit cerita honeymoon aku. hehe.

Gambar honeymoon kitaorang ada lagi, tapi oleh kerana gambar tersebut aku simpan dalam laptop adik aku, dan sekarang laptop tu telh hilang akibat kecurian, maka gambar-gambar kat atas tu jelah yang dapat ditunjukkan. Sedih T_T

Baiklah, kat bawah ni ada sedikit travel tips aku bagi, kut kut korang nak pergi ke Phuket lepas ni kan :) Baikkan akak, siap bagi tips lagi :p
  1. Jangan pergi Phuket time peak season, memang harga semua benda daripada hotel ke makanan ke pakaian akan dinaikkan. Contohnya kalau bilik standard tu harganya time low season RM80, bila peak season dah jadi RM150. Rugi je.
  2. Jangan risau kalau korang tak pandai cakap Thai, kat Phuket kebanyakannya diaorang pandai English. Aku faham bila diaorang cakap Thai, tapi bila nak cakap balik, macam kelu lidah -_-
  3. Bila sampai dekat airport, pastikan korang cari teksi/kereta sewa yang harganya berpatutan untuk ke hotel korang. Jangan terpedaya dengan promosi-promosi diaorang tu.
  4. Kalau korang nak beli barang kat bazar-bazar diaorang, pastikan korang tawar, jangan terus beli. Kalau diaorang tak faham English, korang tekan je kat kalkulator berapa harga yang korang nak, kalau dia pertimbangkan, korang akan dapatlah harga tu.
  5. Cari hotel/penginapan yang dekat dengan pantai (kalau korang jenis yang suka pantai lah), jadi takdelah membazir pterol untuk bergerak ke sana sini.
  6. Harga petrol kat sini adalah floating. Jadi jimatkan lah petrol atau isi minyak masa harga tengah turun :)
  7. Kalau korang ragu-ragu nak makan (sebab nak cari kedai berlogo halal, especially seafood memang susah), jadi nak selamat pergi je ke convenience store macam 7E ke, Family mart, kat sana dia ada jual instant food yang boleh dipanaskan dan agak sedap macam nasi goreng seafood, pizza dan macam-macam lagi.
  8. Jangan tukar semua duit korang kat Malaysia, pastikan rate bagus baru tukar. Tukar kat Phuket pun okay jugak.
  9. Kalau agak-agak duduk lama, korang sewalah kenderaan (motor, kereta atau van), sebab kalau naik tuk-tuk (macam teksi) memang mahal.
  10. Make sure korang simpan segala resit sewaan dan ingat kat gerai mana yang korang sewa, sebab sepanjang pantai tu ada banyak gerai sewaan kenderaan dan passport salah seorang daripada kita akan disimpan sampailah korang pulangkan balik kenderaan sewa tu. Kitaorang hari tu siap terlupa gerai mana yang kitaorang sewa, sampai 5kali tawaf lah baru jumpa T_T

Ok sekian, nanti sape-sape dah kawin share lah cerita honeymoon korang pulak ye :)